Tuesday, March 13, 2012

6 tanda anda telah dipergunakan pasangan

Views
Purple Girl Sedang Berceloteh..
14/03/2012


.Assalamualaikum..
Peace yo ^,^

Hai semua...apa khabar???sihat kew idok....Hah...UNGU nak tanya sikit,boleh tak????Sapa kat sini yang ada GF/BF??Bukannya apa...UNGU nak berkongsi sesuatu dengan korang semua yang sudah ada pasangan hidup atau GF/BF...Tanda-tanda anda dipermainkan oleh pasangan anda...Memang tak patutkan...Kalau suka tur cakap je lah suka...kalau tak suka,cakap je tak suka..jangan nak pergunakan pasangan kita tur..kesian lah dekat dia.Dia pun manusia macam korang jugak(bagi orang yang suka mempergunakan pasangan diorang).
Geramnyer...(sabar ni...sabar.....)
Marilah...saya tak nak cakap banyak-banyak..jom tengok....:

1.Terlalu mengharap sesuatu yang berbentuk materialistik- Pasangan yang menerima anda seadanya tidak akan sesekali mengharapkan sesuatu yang berbentuk materialistik semata-mata. Mereka akan menghargai setiap apa yang anda mampu berikan tanpa menilai barangan tersebut. Ini kerana , didalam perhubungan nilai sesuatu barang bukanlah menjadi keutamaan. Apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana pasangan menunjukkan penghargaan terhadap diri anda.
2.Mereka tidak pernah menceritakan mengenai diri anda terhadap orang lain- Kehidupan adalah mengenai perkongsian hidup. Sekiranya kehadiran anda dalam hidup mereka tidak pernah dikongsikan bersama rakan terdekat, keluarga atau sebagainya, mungkin anda masih tidak memberi kesan dalam hidup mereka. Anda dinasihatkan untuk tidak terlalu mengharap.
3.Berat sebelah- Jika hanya sebelah pihak sahaja yang menerima faedah dan sebelah pihak lagi hanya perlu menanggung kesalahan, ia bukanlah dinamakan suatu perhubungan. Ini kerana perhubungan memerlukan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak. Sekiranya hanya anda sahaja dipersalahkan setiap apa yang terjadi, ia adalah tanda bahawa anda sebenarnya telah digunakan.
4.Masa- Apabila mereka hanya mencari anda diwaktu kesusahan dan tidak pernah berkongsi kegembiraan bersama, ia juga merupakan tanda bahawa anda sedang dipergunakan. Seseorang yang betul-betul menghargai kehadiran anda sudah pasti akan berkongsi saat susah dan senang bersama.
5.Mereka tidak mahu diperkenalkan terhadap rakan/keluarga anda- Untuk masalah ini, mungkin ada sesetengah alasan yang kukuh boleh diterimapakai sekiranya mereka tidak mahu diri mereka dikenali terlebih dahulu. Tetapi sekiranya mereka tidak mampu memberi alasan yang kukuh mengapa mereka tidak mahu berbuat demikian, ia menunjukkan bahawa mereka sebenarnya cuba lari dari tanggungjawab yang lebih besar.
6.Dipukul- Adakah anda pernah dipukul oleh pasangan? Tanggungjawab hidup berpasangan adalah untuk melindungi antara satu sama lain dan bukannya untuk disakiti. Sekiranya perkara asas mereka tidak mampu lakukan, adakah anda merasakan mereka sedia untuk berkongsi hidup?
pssttt..kalau ada tanda lain,sila nyatakan dikomen yaw...:)
saya hanya sekadar berkongsi....


Suka?Like jer ^,^

Saturday, March 10, 2012

8 Rahsia Orang Bijak

Views
Gadis Kidal Berceloteh...
10/03/2012


Semua orang didunia ini suka apabila merasakan diri mereka bijak. Ya, sememangnya manusia adalah makhluk yang bijak kerana mempunyai akal yang mampu untuk membuat pertimbangan. Akal yang bijak sudah semestinya lahir daripada otak yang cerdas. Jadi bagaimanakah cara anda menjaga otak untuk membantu menjadi orang yang lebih bijak?


1.Mengambil sarapan pagi


 Ramai pakar kesihatan menyatakan bahawa sarapan adalah penentu kepada kualiti persembahan anda untuk sepanjang hari tersebut. Ini menunjukkan bahawa pentingnya mengambil sarapan didalam kehidupan seseorang. Seseorang yang tidak mengambil sarapan akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Faktor ini akan menyebabkan banyak sel-sel otak akan mati dan akan menjadi kurang aktif.


2.Elak makan secara berlebihan


Orang yang bijak biasanya amat menitikberatkan terhadap pemakanan mereka. Ini kerana jika seseorang makan secara berlebihan akan menyebabkan banyak darah akan dialirkan pada bahagian usus dan perut untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai ke otak dan akan mengakibatkan seseorang itu malas, mengantuk dan hilang daya fokus.


3.Elak merokok


Asap rokok sangat merbahaya kerana mempunyai terlalu banyak bahan kimia yang sebenarnya akan merosakkan sel-sel otak anda.


4.Elak daripada mengambil gula secara berlebihan


Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga akan mengganggu perkembangan otak anda yang akan menyebabkan anda menjadi seorang yang kurang bijak.


5.Hidu udara yang bersih


Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Menghidu udara yang segar akan membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak.


6.Tidur secara berlebihan


Tidak dinafikan tidur adalah cara terbaik untuk merehatkan otak seseorang. Tetapi sekiranya ia dilakukan secara berlebihan, ia akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan melemahkan daya berfikir seseorang.


7.Tidur dengan menutup muka


Tidur dalam keadaan meniarap atau mencekup muka dengan bantal, buku, lengan atau sebagainya akan menyebabkan gas karbon oksida terperangkan dan akan dihidu semula. Ini akan menyebabkan otak kekurangan oksigen serta merosakkan sel-sel otak seseorang.


8.Kurang berimaginasi/berfikir


Sesuatu barangan yang jarang digunakan sudah pasti akan mempengaruhi tahap persembahan sebenar yang mampu dilakukan. Begitu juga dengan otak, sekiranya ia jarang untuk diasah ataupun dilatih, ia akan menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tumpul dan mereka akan menjadi kurang bijak.


SEKIAN JE LAH YE.SAYA HANYA SEKADAR BERKONGSI..

credit to:Khairul Amnan Bin Osman Merupakan seorang fulltime blogger. Beliau berkongsi karya dihttp://www.top5reason.com/.
Suka?Like jer ^,^

Thursday, March 8, 2012

Novel pertamaku [BAB 1]

Views
Purple Girl Sedang Berceloteh
08/03/2012


Hah.....hari ni saya nak publish isi pertama novel saya......Mungkin novel yang pertama....or,mungkin tidak.....so..harap korang suke.....novel ni masih lagi dalam pembikinan.....baca tau...kalau best comment lah erk.......


Sesi persekolahan 2012 telah bermula.Tahun ini adalah tahun yang kedua Ainul Zulaikha dan Emilya Farhana bersekolah di SMK Seafield.Setelah sebulan mereka bercuti pasti mereka rindu akan rakan-rakan baik mereka.Sama sahaja seperti Ainul Zulaikha dan Emilya Farhana.Mereka berdua tidak pernah berpisah sejak mereka bersahabat di  bangku sekolah tadika.Waktu itu Ainul amat susah untuk menyesuaikan diri dengan sekolah baharu,kawan baharu,guru baharu dan juga persekitaran sekolah yang baharu.Mujur ada Farhana yang dapat memujuk Ainul.Sejak dari hari itu,mereka bersahabat baik sehinggalah sekarang.“Assalamualaikum,Ainul.Lama Hana tidak berjumpa dengan Ainul.Waktu cuti sekolah yang lepas,Hana ingat nak duduk di rumah sahaja,dapatlah setiap petang kita keluar ke taman.Tetapi ayah Hana hantar Hana pulang ke kampung,”kata Hana dengan nada yang agak sedih.“waalaikumussalam.Tidak mengapalah Hana.Ainul tidak kisah.Ainul juga pulang ke kampung  semasa cuti sekolah hari itu.Tetapi kan Hana,Ainul gembira sangat bila dapat berjumpa dengan Hana semula,”kata Ainul dengan nada gembira.Memang itulah telatah yang sering dilakukan oleh mereka berdua apabila menghadapi cuti yang panjang.Mereka berdua ini tak pernah berenggang sehingga ada yang kata mereka ini seperti belangkas dan ada juga yang kata mereka ini seperti kembar.Memang menurut semua orang muka mereka hampir sama.Sudah ketentuan Ilahi,hendak buat apa lagi,terpaksalah mereka terima.Ainul dan Hana adalah murid yang sangat bijak dan pandai.Mereka belajar di dalam kelas yang sama.Mereka sering mendapat pujian dari guru-guru yang mengajar mereka.Sesi pembelajaran berjalan lancar seperti sebelumnya juga.Kerja sekolah pun sudah tentu belambak.Sains,Geografi,Mathematik,Bahasa Melayu,Sejarah dan Agama Islam.




Harap korang suka....comment lah tau.....

Suka?Like jer ^,^

Wednesday, March 7, 2012

Gambar siapakah ini?

Views
Purple Girl Sedang Berceloteh...
08/03/2012


.Assalamualaikum..
Peace yo ^,^

Hah..Masa cuti sekolah bulan 12 tahun lepas,saya duduk kat rumah jew...tak buat apa-apa pun.Borink sesangat...Then saya bukak lah FB,nak tengok nofication....Tuptup...terjumpa satu FB ni pulak....tengok dekat album dia....Wow(!!!!!) banyak nya gambar.....dia lukis sendiri tur....Then saya mintak dia ajar kan saya lukis...Akhirnya....dia sudi untuk mengajar saya dan ini lah hasilnya.......



tau buruk...




ini yang dah siap di warna oleh tuan guru saya tadi...



Cantik tak???korang dah tengok tur...korang kenal ka sapa ni.....korang boleh teka kalau nak teka...
jangan risau...klu saya akan bagi........



Seorang penyanyi.Berasal dari Korea.Salah seorang ahli kumpulan kara...

itu jew lah klu nya.....teka jangan tak teka pulak.....

Suka?Like jer ^,^

Monday, February 27, 2012

ABOUT ME

Views
Purple Girl Sedang Berceloteh...
24/02/2012

.Assalamualaikum..!!
Peace yo(!) ^_^


Hah...Hari ni saya nak cerita pasal diri saya..Hermm.....Nama??Sapa Zubaidah ni??Zubaidah ni manusia lah.....betul tak??(betul3x)hikhikhik......Umur??Herm....Masih muda dan masih baru dalam dunia BLOGGER ni..Tarikh lahir??Herm...Rasanya,kalau bagi korang mesti tak penting...kan???Tapi bagi saya,ianya amat penting....20/3/1998...Mesti korang dah boleh agak berapa umur saya....Tempat lahir di KELANTAN..Makna nya saya ni berasal daripada kampung lah....Tak kesah lah kalau diorang nak cakap yang saya ni BUDAK KAMPUNG....Hihihi......Nak tahu saya ni orang yang macam mana??Jom tengok kat bawah ni......  :-


  • BAIK HATI                                                                       
  •  ADA SIFAT PRIHATIN                                    
  •  LURUS BENDUL(JANGAN AMBIL KESEMPATAN(!))         
  • PENYAYANG
  •  SAYANG KAWAN-KAWAN 
  • SAYANG KELUARGA

(TAK TAU NAK TULIS APA(?))


Suka?Like jer ^,^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright©2012.All Right Reserved by Purple Girl BLog.